Sunday, October 14, 2012
Assalamualaikum, Hi guys. Hee, malam ni aku stay kat dorm ajer. Minggu ni aku tak balik sbb ade program kat sni pg tdi. So aku skrg ni tersgtlh rindu kat rumah. Huu!
Now, aku dh takde idea nk wat assignment. Lagi 2 minggu aku akan hadap final exam aku tuk sem 2. Sem ni aku ase cam berat skit subjeknye dri sem 1. Tapi ye lh kan, takkan makin naik semester makin senang kan subjeck tuk kos aku ni kan. So, aku akn hadapi ngan tabah demi family and demi mse depan aku. Yg pling penting aku lakukan semua ni ikhlas dri hati kerana Allah Taala. Malam ni aku just nak merepek je. So, sorry lah kalau aku mengaburkan mata korg dgn entry kali ni. Kalau tak suke boleh terus close blog aku okayy. Takde pksaan.
Kalau korang nak tahu, ni lah first time aku berjauhan dengan family aku. Lepas stpm aku keje. Aku keje pun dekat-2 dengan rumah. Aku ingat lagi mama aku cakap camni kat aku ngan akak aku "Kalau boleh mama nak korang keje dekat-2 ngan mama, depan mata mama. so mama tak risau" Hmm. Bile diingat balik mama aku tu sangat lh manjakan aku, akak, ngan adk-2 yang laen even die tak tnjuk scra terang-terangan.
Teringat masa aku nak msuk belajar kat sini, abah ngan mama tanya aku, betul ke aku nak stdy kat sni. Aku cakap aku mmg nak stdy. Sbb aku prcye sesetengah org akn pndang rendah kat kite if kite tak ade pelajaran. Aku sendiri mengalami pekara tersebut. kawan aku sendiri yang buat aku macam tu. So, aku sebenarnya nak buktikan pada kawan-2 aku yang berhati busuk tu yang aku pun sebenarnya boleh berjaya. Even aku lambat dri dorang tapi aku akan buat. "Better late than never" Am I right? :)Now, aku akan berusaha tuk buktikan pada mama ngan abah aku mampu berjaya.
Selama 10 bulan aku kat sni, aku dh belajar macam-2 pekara. banyak benda banyak masalah aku alami, aku hadapi. Tapi Alhamdulillah, aku tahu setiap permasalahan, setiap dugaan yang aku hadapi aku percaya semua ni akan mematangkan aku pada hari depan kelak. Aku jugak belajar supaya tak cepat melatah bila ada masalah mendatang dalam hidup aku. Tipu lah kalau aku tak penah ase give up, tapi aku tahu orang-2 disekeliling aku macam mentor and pensyarah-2 aku banyak bagi aku semangat.
Tak akan dinamakan kehidupan kalau takde dugaan. Hidup kalau takde cabaran umpama lukisan yang takde lakaran dan juga warna. Tu aku mampu aku ungkapkan pasal kehidupan.
Sekian saja untuk entry kali ini. next entry aku akan tulis sal ape perasaan aku bila aku di majlis konvo akak aku. p/s : aku buka retis tapi aku menulis untuk luahkan perasaan aku. aku tak pandai nak luah perasaan aku. so kat blog ni aku curahkan apa yang aku rasa, Thanks guys, assalamualaikum. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment